Apa yang anda mahukan? Manusia mempunyai pelbagai kemahuan yang mereka impikan. Anda perlu tahu apakah yang anda inginkan didalam hidup. Pastikan kemahuan anda itu realistik dan berusaha untuk mencapai apa yang anda mahukan. Itulah tujuan anda hidup sehingga ke hari ini.
Adakah anda patut berubah? Sekiranya anda sendiri merasakan tidak suka terhadap apa yang anda telah lakukan, anda sepatutnya berusaha untuk berubah. Seseorang yang hendak berubah adalah lebih baik daripada seseorang yang berasa selesa dengan keadaannya sekarang. Manusia sentiasa memerlukan perubahan.
Adakah anda gembira terhadap apa yang anda lakukan? Kegembiraan adalah suatu nikmat kehidupan. Tanpa kegembiraan kehidupan anda tidak bermakna. Lakukan sesuatu aktiviti yang mampu untuk menggembirakan anda.
Apa yang memotivasikan anda? Anda seharusnya tahu apa yang mampu untuk memberikan dorongon kepada anda. Mengekalkan motivasi adalah asas yang paling penting untuk mencapai sesuatu matlamat itu. Tanpa motivasi yang berterusan, impian hanyalah sekadar impian dan pasti tidak akan dapat untuk direalisasikan.
Apa sumbangan yang anda ingin lakukan? Kehidupan tidak bermakna sekiranya anda tidak mampu lakukan apa-apa sumbangan terhadap diri sendiri ataupun orang lain. Fokuskan untuk memberikan sumbangan terhadap diri anda dahulu, berusaha untuk buktikan pada diri yang anda juga mampu untuk berjaya. Kemudian sekiranya anda sudah berjaya, berikan pula sumbangan anda kepada masyarakat.
Seolah-olah telah diprogramkan di dalam kepala manusia yang setiap perubahan memerlukan pengorbanan dan usaha yang sangat besar. Perubahan bagaikan mahu bertempur di medan perang. ‘Kegerunan medan perang’ inilah yang menyebabkan ramai yang menyembunyi diri, menidakkan realiti yang sudah tiba masa untuk mereka melakukan perubahan.
Takut. Belum bersedia. Kelengkapan tiada. Tiada lagi zon selesa untuk anda.
Mahu melakukan perubahan pun ada tekniknya, ada caranya.
Dahulu semasa di bangku sekolah, saya sentiasa menganggap yang program-program motivasi yang memberi fokus kepada topik perubahan ini hanyalah cliché semata-mata.
Asyik-asyik tajuk perubahan. Tau la kitorang nak berubah sendiri.Nak berubah pun kena ada teknik ke? Bukan ke boleh je nak berubah?
Silap. Seribu kali saya silap.
Saya sedar apabila setiap perubahan yang dilakukan, tidak pernah kekal. Selalunya terkandas.
A journey of a thousand miles begins with a single step.Lao-tzu
Dia keluar dari zon selesanya.
Saya tidak betul-betul faham kata-kata di atas sehinggalah saya faham erti sebenar berubah ke arah kebaikan. Membaiki diri. Islah diri.
Soalan di sini, bukankah sukar jika berada di luar zon selesa? Apa yang seronok sangat berada di luar zon selesa?
Jika tidak berada di dalam zon selesa, makna tidak selesa lah!
Zon Selesa
Zon selesa ini bukannya satu zon yang berbentuk fizikal tetapi zon yang dicipta di dalam otak kita, di mana kita berada selesa di situ. Boleh jadi di rumah anda, di kedai kopi kegemaran anda, atau di hadapan televisyen anda. Tiada sebarang tekanan apabila anda berada di dalam kotak selesa ini. Kawalan semuanya di dalam tangan anda. Apabila kita berasa selesa dalam ruang selesa itu, semuanya menjadi biasa dan tiada sebarang perkara baru.
Peningkatan diri, perubahan ke arah yang lebih baik, membina potensi diri hanya akan berlaku apabila kita berani keluar dari ruang selesa kita. Penting untuk anda semua ingat apabila kita selesa berada di dalam zon selesa kita, kita sebenarnya sedang tidak belajar mahupun mematangkan diri. Melakukan perkara-perkara yang sudah biasa kita lakukan tidak akan memandu kita ke hadapan. Untuk menjadi lebih matang, kita mesti melakukan perkara yang kita tidak buat sekarang.
Fikirkan tentang setiap kejayaan yang pernah dicapai di dalam hidup anda, kecil atau besar. Saya yakin kebanyakannya atau mungkin semuanya adalah hasil daripada anda melakukan perkara-perkara baru, luar dari norma hidup anda.
Dalam hidup kita ini ada sesuatu perkara yang lebih SUSAH daripada susah – iaitu BERUBAH!- Percaya dan Berjaya, Ustaz Hasrizal
Tidak mahu keluar? Jadi kita luaskan.
Seperti sudah dirantai, manusia sukar menerima hakikat yang mereka perlu keluar dari kepompong selesa mereka. Seingat saya semasa di Jepun, antara cabaran terbesar saya adalah ketika mahu solat subuh di musim sejuk. SubhanAllah, sejuknya. Nikmat keselesaan berada di bawah futon, kotatsu yang hangat itu memberatkan mata dan tubuh. Saya berada dalam zon selesa dan tidak mahu keluar.
Jadi, apa yang saya lakukan ialah saya tarik futon saya dan berjalan sambil dibaluti futon. Ataupun saya panaskan satu rumah supaya zon selesa saya menjadi lebih besar.
Anda juga boleh luaskan zon selesa anda. Mulakan dengan sesuatu yang mudah, dan kekalkan rentaknya. Istiqamah.
Cari kawan-kawan, suasana yang membantu untuk perubahan. Perubahan akan terasa amat sukar jika tiada sokongan yang kuat, tiada dorongan. Sokongan, dorongan, kawan-kawan, keluarga dan suasana begini akan membuatkan kita selesa berada di luar zon selesa. Bina zon selesa di luar zon selesa. Dengan kata lain, luaskan.
Tiada titik nokhtah.
Ketika saya berada di Jepun, perkataan ini sentiasa saya dengar – KAIZEN. Saya dengar, belajar dan praktikkan, sehingga perkataan ini jadi sebahagian daripada hidup saya. Dengan kata islamiknya, gabungan MUHASABAH dan ISTIQAMAH.
Kaizen ialah perkataan Jepun yang bermaksud peningkatan berterusan dan ianya bukan tentang sejauh mana kejayaan yang telah kita kecapi atau akan kita capai, tetapi semangat ini menekankan tentang kesungguhan untuk belajar dan melakukan peningkatan. Memanfaatkan peluang dan masa yang ada sekarang untuk melakukan sebarang peningkatan.
Setiap saat dalam kehidupan, mesti ada perkara yang perlu dipelajari dan diperbaiki, dan sangat penting untuk sentiasa menjadi lebih baik. Jadi, walau bagaimana baik sekalipun keadaan sekarang, pasti ada ruang untuk menjadi lebih baik. Dan mencari jalan untuk menjadi lebih baik, hebat merupakan intipati semangat Kaizen itu sendiri.
Ichi-go ichi-e
Pepatah Jepun di atas bermaksud, ‘sekarang adalah masanya’ dan masa itu sendiri satu perkara yang tidak boleh dipandang ringan oleh setiap individu muslim seperti yang telah dijelaskan di dalam firman Allah yang bermaksud,
Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (3)(Surah al-Asr, ayat 1-3)
Berubah ialah satu kemestian bukan pilihan. Hidup hanya ada 2 pilihan. Jika memilih jalan ke syurga, berubahlah! Mesti berubah. Jika tidak, kita hanya tinggal dengan pilihan yang kedua.
The sky is the limit…
Tip-tip Memupuk & Membina Keyakinan Diri
Keyakinan Dengan Diri Sendiri:1) Percaya pada diri:
Katakan anda boleh. Anda adalah khaira ummah (sebaik-baik umat) dan
sebaik-baik ciptaan Allah. Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya kami
telah menciptakan manusia dengan sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai
dengan keadaannya). (Surah al-Tin 95:4)
2) Jangan takut dan teragak-agak
melakukan sesuatu yang positif dan baik. Buang rasa malu yang tidak bertempat.
3) Lihat kelebihan diri dan kaji serta baiki kekurangan yang ada.
Pastikan anda benar-benar tahu apa yang anda inginkan dalam hidup ini.
4) Sentiasa berfikiran positif.
Badan perlu sihat dan minda sentiasa cergas
5) Sentiasa bersedia
Jangan bertangguh-tangguh daripada mencuba dan melakukan sesuatu yang anda
belum tahu atau mahir atau belum berani melakukannya.
6) Hargai diri.
Hargailah setiap anugerah yang Allah anugerahkan dan berterima kasih kepada
Allah.
7) Tabah dan cekal.
menghadapi sebarang halangan atau musibah.
Keyakinan Dengan Orang Lain:
1) Pilih kawan dan komuniti (masyarakat) yang boleh membina keyakinan anda.
2) Elakkan daripada mereka yang suka memperkecil atau menakut-nakutkan anda.
Kata hukama, "Siapa kita lima tahun akan datang akan ditentukan oleh buku apa
yang kita baca dan dengan siapa yang kita bergaul pada hari ini".
3) Cari role model
(qudwah hasanah) sebagai contoh ikutan. Dan sebaik-baik role model ialah para
nabi.
4) Maafkan kesalahan orang lain
dan mudah meminta maaf jika bersalah. Ini akan memberi kita rasa harmoni dan
ceria untuk bergaul dengan orang lain. Dan inilah juga yang akan membina sikap
yakin diri ketika berhubung sesama manusia.
5) Bergaul dengan teman-teman dan individu
yang mempunyai keyakinan tinggi dan sentiasa mendorong kita untuk maju.
6) Berhenti membandingkan diri anda dengan orang lain yang telah
mahir.
Ini satu tindakan yang tidak adil terhadap diri anda. Sebaliknya cukuplah
memastikan bahawa pencapaian peribadai anda lebih baik dari sehari ke sehari.
Me nak kongsi info yang Me dpt yesterday masa STEPS TO MUSLIMAH event. Wardina kasi sorang satu photostat copy of this article from majalah SOLUSI ISU #17...
Very good info.. coz ada masa2 kita akan rasa tiada keyakinan diri kan.. mcm masa Me mula2 nak melibatkan diri dalam PB business nielah.. mmglah xde keyakinan diri langsung.. dok takut2 boleh buat ke tidak.. tp once Me dah join.. & dah di guide oleh seorang pemimpin yang bertanggungjawab.. alhamdulilah.. sedikit2 keyakinan diri itu datang.. lama2 bila Me dah YAKIN & DAH PERCAYA pada diri sendiri yang Me boleh buat.. secara automatik SEMANGAT tu dtg.. and everything goes smoothly. Kalau xde keyakinan diri & Semangat kuat.. untuk merubah kehidupan kepada yang lebih baik & selesa... xkanlah Me berhenti keja kan... !!.. :)
Alhamdulilah... Me take a right & good choice for once in my whole 39years.. and insya-allah Me xakan pandang belakang (bukan Jangan Pandang Belakang Congkak... heheee)
Next posting Me letak pasal JANJI pulak ya... insya-allah
Bagaimana Membina Keyakinan Diri Untuk Mencapai Apa Yang Dihajati?
Kita sering mengalami krisis keyakinan diri apabila kita disuruh melakukan perkara yang baharu dalam hidup kita. Sebagai contoh, kita diberi amanah untuk berucap di hadapan khalayak umum. Seringkali kita mengatakan pada diri kita dan orang lain, “aku ni mana pandai bercakap, siapalah aku untuk bercakap, nak cakap pasal apa ye, bagilah kat orang lain yang lebih layak dan sebagainya”…Pelbagai alasan yang kita keluarkan untuk kita melarikan diri daripada apa yang telah diamanahkan..Perkara ini pernah terjadi juga kepada penulis sendiri.
Jadi, macam mana nak buat….???
Ada beberapa perkara yang perlu ditanamkan di kepala kita supaya mudah untuk mencapai keyakinan diri dalam melaksanakan perkara yang baru dalam hidup kita.
Yang pertama, sentiasa percaya pada kekuatan diri sendiri. Kita katakan pada diri sendiri, “kalau orang lain boleh buat, MESTI AKU PUN BOLEH!!” Ini akan memberikan suatu momentum terhadap diri kita untuk melakukan perkara yang kita fikirkan MUSTAHIL pada awalnya menjadi BOLEH pada akhirnya.
Kedua, jangan kita menangguh-nangguhkan kerja tersebut kerana semakin lama kita lari dari masalah semakin bertambah lagi masalah. Kenapa? Selagi mana kita tak cuba untuk berucap, selagi itu kita akan takut berucap…Misalnya, naik basikal sewaktu kecil dahulu kalau kita sentiasa melarikan diri dari menaiki basikal sudah tentu kita tak mampu menaiki basikal pada hari ini!!
Ketiga, berhenti membandingkan diri anda dengan orang lain kerana perbuatan ini menzalimi diri anda sendiri. Adakah patut, anda membandingkan diri anda dengan orang yang sudah biasa berucap? Hal ini kerana setiap orang diciptakan berbeza. Anda MUSTAHIL sama dengan seseorang yang lain di dunia ini, mungkin sama dari segi fizikal tapi dari segi peribadi sememangnya berbeza. Kalau sama potensi setiap orang, sudah tentu semuanya akan menjadi Perdana Menteri, siapa yang akan menjadi polis, jurutera, doktor, ustaz dll. Oleh itu, jangan SEKALI-KALI anda membandingkan diri anda dengan orang lain kerana anda merupakan orang yang TERSENDIRI!!
Keempat, sentiasa memikirkan kelebihan kita dan melupakan kekurangan kita yang ada. Perkara ini sentiasa ditanamkan dalam orang kurang upaya (OKU) untuk meneruskan hidupnya. Sering kita lihat OKU lebih bersemangat untuk hidup melebihi orang yang normal. Mengapa? Mereka menggunakan prinsip di atas dengan sepenuhnya. Oleh itu tingkatkan segala kelebihan dirimu dan abaikan segala kekurangan yang ada.
Akhir kata, untuk mencapai apa yang dihajati, memerlukan satu keyakinan diri yang tinggi. Semakin tinggi apa yang dihajati, semakin kuat sifat keyakinan diri yang perlu ada untuk mencapainya. Selamat Membina Diri!!
No comments:
Post a Comment