Advertisement

SESIAPA BERMINAT MAHU MENGETAHUI FORMULA FB MARKETING & TEKNIK PEMASARAN BERSTRATEGI DALAM ONLINE SILA SMS 019-3121007...TIADA PRODUK & TIADA MENTOR BUKAN ALASAN UNTUK GAGAL...BERUSAHALAH BERSAMA KAMI DI TAG NETWORK MARKETING...

Monday, January 30, 2012

LAMAN UTAMA

AL KISAH PEMAKAI PREMIUM BEAUTY 
1. DISIPLIN SEHARI 8 JAM
2. TIAP-TIAP HARI KECUALI MASA TIDUR
3. AMALAN PENUKARAN GARAM KEPADA GARAM BULUH
4. MEMILIKI 2 SET UNTUK KEGUNAAN SENDIRI
5. BERKESAN DALAM MASA 30 MINIT




Belajarlah Cara Menangani Rasa Lapar  

Sebiji burger.Belajar bagaimana menangani rasa lapar amat penting untuk memastikan berat badan terkawal. Rasa lapar merupakan perkara normal bagi seseorang yang cuba menghadkan pengambilan makanan. Walau bagaimanapun, anda disarankan untuk mengetahui punca sebenar rasa lapar tersebut sama ada disebabkan faktor psikologi atau fizikal dan mengetahui bagaimana untuk mengatasinya.

Ramai antara kita yang makan ketika lapar. Sungguhpun tidak benar-benar lapar, namun mereka tetap cenderung mengambil makanan mengikut jadual makan yang telah dibiasakan sejak kecil lagi. Makan yang berpunca faktor psikologi merupakan satu lagi penyakit atau tabiat makan berlebihan ketika seseorang bersedih. tertekan malah gembira. Tahukah anda, lapar disebabkan faktor psikologi amat berbahaya kerana ia mempunyai pengaruh dan pembangkit nafsu makan anda!

Cuba fikir kembali, apa yang menyebabkan anda makan secara berlebihan dan bagaimanakah cara menghentikan tabiat tersebut? Apa yang anda harus lakukan demi memastikan perhatian anda tidak hanya terarah pada makanan semata-mata?

Sungguhpun lapar, namun percayalah anda masih mempunyai jalan untuk mengatasinya. Antara langkah yang dapat anda ambil adalah dengan membanyakkan mengambil makanan yang rendah kandungan lemak kerana ia lebih cepat dicerna dan mengundang rasa lapar berbanding makanan yang tinggi kalorinya. Bagaimanapun, anda dinasihatkan untuk mengawal supaya makanan yang diambil tidak keterlaluan.

  1. Pastikan setiap hidangan harian anda mempunyai kandungan protein dan makanan rendah lemak. Perbanyakan kudapan ringan seperti 'popcorn', kismis atau kekacang sementara menunggu waktu makan sebenar. Makanan sebegini membantu anda berasa kenyang tanpa meningkatkan kadar kalori dalam tubuh secara keterlaluan.
  2. Selain itu, anda juga boleh memperbanyakkan pengambilan sayur dan buah-buahan segar yang kaya dengan kandungan serat dan tinggi kandungan airnya. Kalau boleh, jadikan makanan jenis ini sebagai snek sehari-hari terutamanya anda ketika perut terasa lapar.
  3. Rasa lapar yang keterlaluan menyebabkan anda cenderung makan melebihi kuantiti yang sepatutnya. Jadi untuk mengelakkannya, anda dinasihatkan makan sebelum perut benar-benar lapar. Kebanyakan kita berpendapat golongan wanita cenderung makan berlebihan sekembalinya mereka dan tempat kerja. Nafsu makan akan melonjak tatkala menyediakan makanan buat keluarga, apatah lagi anda sememangnya benar-benar lapar ketika itu. Jadi, sebagai langkah mengawal diri, anda dinasihatkan untuk mengisi perut terlebih dahulu dengan mengambil yogurt rendah lemak atau buah-buahan sebelum pulang ke rumah.

Tip ni juga boleh diamalkan sebelum anda keluar menghadiri kenduri-kendara atau majlis makan mengelakkan anda terpesona dengan deretan makanan lazat yang terhidang di atas meja santapan.

Skala 'The Hunger-Satiety Rating Scale', petikan dari buku Why Weight? A Guide to Ending Compulsive Eating (author: G. Roth, New York, NY: Penguin Books, 1989) mungkin boleh memberi penjelasan tentang tahap kelaparan seseorang.

Kenyang
10 = Kenyang keterlaluan paling maksimum, anda terdedah pada penyakit
9 = Kenyang keterlaluan maksimum, anda perlu longgarkan kancing seluar
8 = Kenyang keterlaluan, rasa sesak dan senak
7 = Sangat kenyang seolah-olah terlebih makan
6= Kenyang, anda rasa selesa

Neutral
5 = Selesa, anda tidak lapar
4 = Rasa lapar mula menunjukkan tanda
3 = Lapar, sedia untuk makan
2 = Sangat lapar anda tidak mampu memberi tumpuan

Lapar
1 = Kebuluran, anda akan rasa pening

Perhatikan skala di atas dan kenali di mana tabiat pemakanan seharian anda. Anda disarankan makan ketika berasa skala 4 iaitu tatkala rasa lapar mula menunjukkan tanda dan berhenti makan di skala bernombor 6. Ingat, jangan menahan lapar atau membiarkan perut menunggu lama. Kudaplah apa-apa sahaja yang kurang kalori atau rendah lemak untuk mengisi perut anda!

SEKEJAP PAKAI PREMIUM BEAUTY SUDAH KEMBALI KE ASALNYA
SEBELUM                  SELEPAS
 

ROSLIA TAMIT -RANAU SABAH
Kisah beliau ini ternyata amat berbeza, ibu beranak dua ini mempunyai rahsia penjagaan kelangsingan tubuh badan dan tips 100 Hari Pantang bagi mengekalkan postur badan seperti anak dara. Rahsia anak kelahiran Ranau Sabah yang terkenal kerana berada di kaki Gunung Kinabalu ini ternyata amat berkesan setelah diperkenalkan oleh seorang rakan semasa berkhidmat sebagai kakitangan awam di Putrajaya. Beliau kini telah mempunyai ramai teman dan rangkaian di seluruh Sabah hanya dengan menjalankan PB ONLINE dari rumah.


Gengaman Pendapatan 5 Angka
Adat di dalam perniagaan mesti ada peningkatan. Jika agak kurang senang dengan keuntungan diperolehi mesti kena mengubah cara. Di Sabah saban hari ada orang menelefon beliau untuk mendapatkan P.B. Walaupun kini beliau menetap di Semenanjung Malaysia, namun pelanggan sentiasa dekat dengan beliau untuk mendapatkan maklumat dan tips penjagaan badan. Jadi...anda jangan lepaskan peluang untuk CANTIK & MENARIK....Bila lagi????




7 Ciri Cemerlang Orang

(Pemimpin / Usahawan) yang Positif (Berjaya) Oleh Taidin Suhaimin


Artikel motivasi ini memaparkan ciri-ciri, sikap-sikap dan sifat-sifat atau jati diri cemerlang orang-orang (pemimpin / usahawan) yang positif.


1. Semakin Tercabar, Semakin Kuat

Seseorang yang positif berperibadi kuat seumpama besi waja; semakin dibakar oleh keadaan, semakin menghadapi cabaran hidup, semakin teguh melayari kehidupan. Seseorang yang berperibadi lemah, laksana timah atau lilin; apabila terkena api, hancur lebur. Apabila terketuk oleh cabaran, berkecai!

Dr. Mahathir Mohamad banyak memberi contoh yang cemerlang kepada kita semua. Lagi banyak masalah yang dihadapi, lagi bertambah kuat beliau. Seperti gam "exhaust pipe", semakin kepanasan, semakin keras mencengkam! Orang lain sudah habis dan gawat idea, beliau keluar pula dengan idea (pencetus penyelesaian masalah) yang mengejutkan! Itulah yang amat kita kagumi mengenai YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad yang bersifat semakin tercabar, semakin gagah!

Dunia amat mengkagumi keperibadian dan idea-idea beliau. Dunia juga amat mengharapkan pandangan-pandangan dan fikiran-fikiran tajam Dr. Mahathir.

2. Melihat Peluang Dalam Kegawatan
Orang yang negatif melihat kegawatan sebagai penghalang kemajuan. Tetapi, orang yang positif dapat melihat peluang keemasan dalam kegawatan!
Kisah hidup Onassis amat menarik perhatian saya. Aristotle Onassis, seorang jutawan Greek di Argentina, asalnya adalah seorang budak miskin. Ia pindah ke Argentina dari Greek untuk membina satu penghidupan baru di sana. Umurnya waktu itu hanya 17 tahun.
Lepas Perang Dunia Kedua, dunia menghadapi kemelesetan ekonomi yang sangat teruk; banyak syarikat muflis; ramai orang yang jadi miskin dan papa; ramai juga orang yang hilang harapan. Tetapi, Onassis tidak membiarkan dirinya menjadi gagal. Ia tekad mencari peluang dalam kekemelutan itu. Ia telah nampak suatu peluang. Ia sedar yang tentera-tentera Amerika Syarikat sedang menghadapi masalah kelebihan kapal perang; kapal-kapal tidak lagi digunakan untuk berperang. Ia telah membeli kapal-kapal kecil tentera Amerika Syarikat itu dengan harga yang murah. Setelah membuat sedikit-sedikit pindaan, kapal-kapal tersebut sudah boleh digunakan bagi mengangkut barang-barang dagangan.
Onassis yang positif telah dapat melihat peluang dalam kegawatan, manakala, orang lain lebih melihat halangan-halangan dalam kegawatan.
3. Sentiasa Berusaha Bersungguh-sungguh
Seseorang yang positif berpegang kepada falsafah: kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Fokusnya ialah untuk mencapai kejayaan; mencapai matlamat yang telah ditetapkannya dengan penuh kesungguhan dan keberanian.
Sesuai dengan kata-kata nasihat Paul Getty, seorang bilionaire Amerika bahawa untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan, seseorang itu hendaklah membuat dua perkara ini:
Pertama: TETAPKAN SATU MATLAMAT BESAR
Kedua: MENCAPAINYA DENGAN PENUH KEBERANIAN! - Penjelasan
4. Tidak Menyalahkan Keadaan
Seseorang yang positif tidak mengeluh atau mengecam bila ditimpa musibah atau terdapat kekurangan pada dirinya. Sebaliknya ia menggunakan kekurangan-kekurangan itu untuk kebaikan kepada dirinya serta orang lain.
Napoleon yang kecil dan rendah iaitu 5 kaki 1 inci sahaja, selalu dipermain-mainkan oleh rakan-rakannya di Maktab Tentera tempat ia belajar. Tambahan pula, Napoleon ialah seseorang yang berasal dari Pulau Corsica, pulau yang dipandang tidak begitu penting oleh orang-orang Perancis.
Kerana itu, Napoleon telah berazam untuk menunjukkan / membuktikan kepada rakan-rakannya yang selalu mengejek-ejeknya itu bahawa ia lebih baik daripada mereka. Ia telah belajar ilmu ketenteraan dengan bersungguh-sungguh. Akhirnya, beliau telah menjadi Maharaja Perancis - menakluki tiga suku Benua Eropah.
Kekurangannya serta ejekan-ejekan dari rakan-rakannya itulah yang mendorongnya menjadi panglima terkenal.
5. Mendengar Dahulu Pendapat Orang Lain
Orang-orang yang positif tidak mengenepikan kecaman-kecaman musuhnya misalnya dengan terus mengatakan orang itu salah. Tetapi, ia akan mendengar kecaman-kecaman tadi dan memikirkan betulkah ia salah atau tidak. Perlu diingat, bahawa, bila orang mengecam, tentulah ada sebab-sebabnya. Kadang-kadang daripada kecaman orang lain, kita boleh dapat petunjuk untuk membaiki diri dan kerja kita.
Presiden Abraham Lincoln pernah dikecam oleh Menteri Pertahanannya, Edward Stanton. Ia telah digelar oleh Stanton sebagai seorang dungu. Adakah Lincoln marah dan memecat Menteri Pertahanan itu? Tidak! Sebaliknya, ia telah bertanya kepada Stanton mengapa ia berkata demikian? Stanton telah menerangkan bahawa langkah Lincoln memindahkan beberapa batalion tentera ke suatu tempat itu hanya akan merugikan kerajaan Amerika Syarikat. Presiden Lincoln yakin terhadap penjelasan Stanton itu, lalu menarik balik rancangannya tadi.
Sebaliknya, pemimpin-pemimpin yang tidak mengindahkan kecaman orang bahawa dasar pentadbiran dan ekonominya tidak dapat membawa keadilan sosial kepada rakyatnya, akhirnya, terpaksa meletakkan jawatan atau kalah di piliharaya dalam keadaan yang mengaibkan.
Inilah yang perlu diberi perhatian oleh pemimpin-pemimpin termasuk di negara kita. Mereka bukan sahaja perlu mendengar dengan telinga tetapi juga dengan mata, hati, dan minda terhadap setiap rintihan rakyat (pengundi) sama ada yang tersurat atau tersirat. Jika ini dapat diamalkan, insya-Allah, rakyat akan merasa sentiasa terbela dan terus memberi sokongan. Jika tidak, rakyat boleh bertindak balas! Rakyat adalah pelanggan yang mesti diberi layanan yang cemerlang dan kepuasan oleh pemimpin-pemimpin (wakil rakyat-wakil rakyat).
6. Sentiasa Mencari Jalan Memperbaiki Diri
Orang yang positif sedar bahawa apa yang dilihat sebagai terbaik pada hari ini mungkin hanya dinilai sebagai sederhana saja sepuluh tahun akan datang. Oleh kerana itu, orang yang positif tidak henti-henti mencari jalan untuk membaiki kehidupannya.
Peter Drucker, seorang profesor ilmu pengurusan Amerika Syarikat ada berkata: "Pengurus yang berjaya sentiasa bertanya kepada dirinya apakah yang boleh ia buat, bukan apa yang orang lain patut buat untuk dia."
7. Sentiasa Bangun Apabila Terjatuh
Orang yang positif tidak gemar dengan sikap suka berputus asa.
Orang yang positif memandang sesuatu kegagalan itu pada sudut positif. Mereka memandang kegagalan sebagai guru terbaik dalam konteks mencapai kejayaan.
Oleh kerana itu, orang-orang yang positif walau betapa teruk pun mereka jatuh akan terus berusaha untuk bangun semula serta berusaha mengukir kejayaan yang lebih besar daripada sebelum mereka mengalami kegagalan / kejatuhan.
Oleh itu, janganlah sekali-kali berputus asa. Sikap berputus asa adalah amalan syaitan. Allah mencintai makhluk-makhlukNya yang positif dan cekal serta sentiasa memohon keredaanNya. Insya-Allah.
How To Quickly Adjust Your Attitude For Massive Success.

(Hakcipta Terpelihara) 2010, Taidin Suhaimin

TAIDIN SUHAIMIN adalah penceramah profesional antarabangsa dari Sabah, Malaysia dalam bidang pembangunan diri, pengurusan dan komunikasi. Semenjak tahun 1993, ribuan peserta dari pelbagai lapisan dari lebih 200 buah organisasi di Asia Tenggara dan Timur Tengah telah mengikuti program-program latihan beliau. http://www.taidinsuhaimin.com
Ciri-Ciri Pemimpin Cemerlang, Ciri-Ciri Orang yang Positif, Ciri Usahawan Berjaya, Ciri Ciri Usahawan Berjaya, Ciri-Ciri Orang Berjaya, Ciri-Ciri Usahawan Yang Berjaya, Ciri Usahawan , Ciri-Ciri Usahawan Berjaya, Pemimpin Cemerlang, Sifat-Sifat Usahawan, Ciri-Ciri Orang Yang Cemerlang, Ciri Ciri Usahawan Cemerlang, Ciri-Ciri Pemimpin Yang Berjaya, Sifat Positif Kepemimpinan, Ciri Dan Sifat Pemimpin, Ciri Pemimpin Cemerlang, Ciri-Ciri Seorang Usahawan Berjaya, Jati Diri Pemimpin Cemerlang, Jati Diri Pemimpin Cemerlang, Jati Diri Usahawan Cemerlang, Jati Diri Orang yang Cemerlang, Taidin Suhaimin
ALHAMDULILLAH...SYUKUR...EMAS PERHIASAN MERUPAKAN SIMPANAN MASA DEPAN

Semua orang tahu emas merupakan simpanan dan perlaburan jangka panjang. Namun, emas juga merupakan perhiasan wanita dan haram bagi kaum lelaki menjadikannya perhiasan.

Ada juga di kalangan kita lupa dan tidak faham tentang zakat emas sebagai perhiasan. Sehingga ada persoalan menyatakan adakah emas yang dicagarkan di Ar Rahnu perlu dibayar zakat emas. Jawapannya tidak perlu....kerana hanya emas yang disimpan dan tidak dijadikan perhiasan dan milik sepenuhnya serta cukup haul setahun wajib dizakatkan. Emas yang dicagarkan di Ar Rahnu bukan milik kita sepenuhnya walaupun ianya perhiasan kerana emas itu milik pihak Bank atau pajak gadai sehingga ianya ditebus semula.

Ieta adalah merupakan pelanggan Premium Beauty yang telah menjana pendapatan melebihi 5 angka sebulan. Walaupun perniagaan PB beliau lakukan secara ONLINE tanpa kedai bertingkat, tetapi servis dan layanan pelanggan PB nyata memuaskan. Hanya bermula dengan modal yang sangat kecil berbanding perniagaan lain, kini beliau suka menyimpan dalam bentuk emas selain daripada ASB dan Tabung Haji.

Secara teknikalnya beliau banyak menghabiskan masa di rumah dan berniaga di hadapan PC, Tab dan Ipad beliau disamping anak-anak. Walaupun ada pembantu yang mengasuh anak-anak beliau lebih selesa berniaga ONLINE kerana ia tidak banyak membuang masa diluar sambil dapat membesarkan anak-anak termasuk pendidikan mereka.

Pesanan beliau kepada rakyat Malaysia, ceburilah perniagaan ONLINE PB ini, ia lebih mudah dan boleh beroperasi di mana-mana.



 




KISAH IETA SABAN TAHUN HAMIL

IETA Bandar Klang Selangor. Kerjaya sepenuh masa ialah seorang suri rumah. Usia mencecah 30 tahun. Cahayamata 4 orang dan sedang hamil 6 Bulan cahayamata ke 5. Seperti suri rumah lain, Eita tidak pandai bergaya, namun selepas beliau mencuba Premium Beauty kini penampilan amat berbeza. Walaupun suami beliau sibuk sebagai usahawan rundingan, namun beliau sudah berjinak-jinak membuat biz secara online dari rumah. Kata beliau:"P.B amat sesuai untuk kaum wanita yang kerap mengandung dan di dalam pantang. Tidak perlu pakai bengkung berlilit seperti dulu kerana dengan bengkung P.B Moden ini dan berteknologi FIR, membantu meningkatkan kadar metabolisma dan mempercepatkan sembuh dari bersalin. Syukur ada P.B".



KISAH AYU MENANGANI KRISIS SELEPAS KAHWIN

AYU Kuala Lumpur - Menghadapi krisis wanita selepas masuk ke dunia perkahwinan serta dikurniakan 4 orang cahaya mata. Krisis ini membuatkan Ayu memberanikan diri untuk mencuba Premium Beauty walaupun ada sesetengah pihak di Internet menyatakan perkara ini mustahil. Bermula dari mencuba dan seterusnya menampakkan kesan yang HEBAT sehingga dapat mengawal selera makan, kini ayu menikmati segala aset wanita yang pernah dimiliki dulu. Syukur Alhamdulillah badan pun semakin cantik & lentik....










KISAH MAS PESAKIT KANSER DARAH
BEFORE
AFTER

MAS, adalah pelanggan yang datang ke rumah untuk mendapatkan sendiri Premium Beauty. Beliau telah disahkan mengidap Kanser Darah dan telah membelanjakan kos rawata RM10,000++. Atas nasihat pakar beliau terpaksa melakukan pengguguran bagi mengelakkan kesan tidak baik kepada diri dan kandungan.

Kini, MAS lebih bertenaga dan telah menjalani aktiviti harian ke pejabat seperti biasa di Subang Jaya. Semoga Mas semakin sembuh dengan mengamalkan GARAM BULUH sebagai penawar kepada Kanser Darah yang beliau alami.



BEFORE
AFTER

 Lihat kepada postur badan MAS selepas mengenakan PB pada tubuh. Bentuk dan keyakinan semakin bertambah. SELEPAS 30 SAAT BADAN MULA BERPELUH MENGELUARKAN TOKSIK BERLEBIHAN TANDA TINDAK BALAS FIR. Kain Akwatek Akwadyne berjaya menyerap peluh dengan segera dan menyingkirkan bauan tidak enak. Insyallah MAS berdisiplin dan boleh membantu masalah kesihatan MAS selama ini. Kita doakan MAS berjaya mengharungi dan merawat penyakit yang dihidapi dengan FIR teknologi daripada PB.














 
BERITA GEMBIRA UNTUK PENGGEMAR PB DAN BAKAL USAHAWAN PB:
PENGGUNAAN KAD KREDIT UNTUK MEMBELI DAN BIZ PB DIBUKA MULAI JANUARI 2012.
ZERO INTEREST!!! SELAMA 12 BULAN.
SILA RUJUK KEPADA KAK JUE 019-2230007







KISAH SAHABAT & PENYELESAIAN HUTANG
Tarikh  : 31 Jan 2012 (Isnin)
Masa   : 1:00 Tengahari
Pertemuan di restoran ayam penyet membongkar rahsia bersama sahabat lama semasa belajar di UIA. Setelah lebih 10 tahun berkerja Zah telah mencipta banyak pinjaman. Mungkin bukan Zah sahaja menghadapi situasi sedemikian, malahan Jue sendiri pun pernah bergaji RM3,000++ dan tinggal baki RM600 sahaja. Alhamdulillah, syukur kini beliau sedar bahawa dengan biz premium beauty secara online ini boleh membuka mata bagi menyelesaikan masalah kewangan beliau. Hanya diusahakan dari pejabat dan rumah boleh mengubah segala keadaan. SELAMAT DATANG kepada Zah Rakan Lama di kampus
SELEPAS BERTEMU ZAH (3:00 p.m)
Seperti biasa dalam jam 3:00 p.m. Jue terus bergerak ke Petaling Jaya. Di sana ada beberapa orang wanita yang mahukan kecantikan & kesihatan sedang menunggu. Syukur Alhamdulillah Set yang Zah keluarkan RM10,000++ untuk 5 Set itu sudah ditempah orang. Insyallah bulan Feb 2012 ini Zah akan mendapat pendapat bersih RM3,000++. Anda pasti tertanya-tanya bagaimana Kak Jue memasarkan PB melalui BLOG ini. Insyallah, jika ada kelapangan kita boleh berjumpa. Anda tidak perlu untuk berpura-pura kerana ILMU Kak Jue percuma, asalkan anda gunakan untuk jalan kebaikan di dalam perniagaan PB ini. Call Kak Jue 019-2230007. Kak Jue boleh kongsikan walau anda dari Group atau Upline sesiapa pun.
KISAH SITI AISHAH ABU BAKAR- PUTRAJAYA



Aishah atau gelaran manja ECHAH kakitangan awam di Putrajaya gemar berpakaian simple dan sentiasa mengenakan Premium Beauty. Daripada asal ikut kawan-kawan dan hanya mendengar cerita kini Aishah pengguna tegar kerana beliau telah berjaya menyelesaikan masalah tulang belakang beliau akibat kemalangan beberapa tahun dahulu. Kini Aishah telah memperolehi beberapa perkara termasuk dari segi kesihatan, kecantikan dan keyakinan ke pejabat setiap hari. Terima Kasih Premium Beauty.








Berkerja Secara Bijak Bukan Kerja Kuat

Kali ini saya ingin kongsi satu lagi perspektif kerja secara bijak, bukan kerja dengan kuat.
Ramai di antara kita sekarang, yang makan gaji, melaksanakan pelan 50/50/50. Kita bekerja 50 jam seminggu, 50 minggu setahun… dan bersara dengan 50% pendapatan, yang sekarang pun tak mencukupi. Sahaja untuk menjentik minda; bagaimana untuk bekerja secara bijak dalam situasi ini? Berapa bijak pun kita bekerja atau betapa kuatnya kita bekerja, pendapatan atau gaji ditentukan oleh majikan.
Kalau nak lebih kena kerja sendirilah. Katakan seorang doktor persendirian memperolehi pendapatan bersih RM200 ribu setahun. Dia bekerja 8 jam sehari, 6 hari seminggu dan 50 minggu setahun. Bagaimana nak tambah pendapatan? Buka klinik 12 jam sehari? Kalau buka 12 jam sehari tu tergolong dalam kerja kuat atau kerja secara bijak?
Pakar mengatakan kita tidak bekerja secara bijak selagi kita “menjual masa untuk wang”. Kita hanya akan bekerja secara bijak apabila kita mengamalkan kuasa tuil (leveraging) dan duplikasi.
Contoh aplikasi kuasa tuil adalah francais. Ray Kroc mungkin tidak terdaya untuk membuka Restoran McDonald’s di serata dunia, tetapi melalui sistem francais dia berjaya membuka Restoran McD di serata dunia – itulah kerja secara bijak.
Contoh lain; Jika Hendry Ford membuat sendiri Model T, dia boleh simpan 100% keuntungan. Kalau dia kerja kuat, dia dapat siapkan 2 buah kereta Ford Model T setahun (kerja sendiri, bukan makan gaji). Namun dia tak nak kerja kuat, dia kerja bijak. Dia tuilkan masa dan kebolehan beliau dengan mengajar pekerjanya meniru cara (duplikasi) dia membuat Model T. Dengan mengaplikasikan kuasa tuil, Henry Ford dapat mengeluarkan beribu kereta setahun. Keuntungannya bukan lagi 100% x 2, tetapi mungkin 20% x 1000.
Satu lagi contoh; dulu Coca Cola hanya boleh diperolehi di beberapa kedai yang mempunyai mesin soda sahaja, justeru jualannya terhad. Apabila ia dibotolkan, Coca Cola tersebar ke seluruh dunia dan di segenap ceruk.
Bagi yang makan gaji, dan juga yang kerja sendiri, bagaimana nak aplikasikan kuasa tuil ni? Pelaburan, mungkin dalam hartanah seperti Azizi Ali. Francaiskan kepakaran macam Kumon?
Apa kata anda?
Posting Berkaitan:
Jangan Kerja Keras Kerja Bijak


4 Aspek Kritikal Mencapai Kejayaan

Pernah dengar tak cerita rakan kita yang buat macam-macam tetapi tidak berjaya. Macam-macam bisnes dia buat. Pre-paid buat, MLM pernah buat, Internet marketing pun buat juga. Usaha tersebut bolehlah dikategori sebagai buat projeklah. Lepas satu projek dia start projek lain pula, tak pernah siap satu projek pun, dan tak pernah capai kejayaan seperti yang diharapkan.
Para pakar bersetuju ramai yang gagal dalam usaha atau projek mereka adalah disebabkan oleh kekurangan dari segi empat aspek kritikal mencapai kejayaan.  Empat aspek tersebut adalah:
Tumpuan – Pada sesuatu masa kita mungkin ada beberapa projek untuk dilaksanakan. Untuk berjaya pakar mengesyorkan kita memberi tumpuan kepada tidak lebih dari tiga projek dalam satu masa. Jika lebih dari tiga kita akan hilang tumpuan dan projek tidak akan mencapai kejayaan seperti diharapkan. Kurang tumpuan akan menyebabkan perancangan menjadi longgar dan pelaksanaan tidak seperti dirancang. Justeru senaraikan projek anda dan tentukan keutamaannya. Laksana tiga yang terpenting dahulu, bila dah siap bolehlah tambah namun kekalkan tiga dalam satu masa. Kadangkala keutamaan boleh berubah, justeru ubahlah senarai mengikut keutamaan.
Ambil Tindakan – Ambil tindakan melaksana apa yang dirancang untuk projek yang dipilih. Tanpa tumpuan tiada apa yang berkesan akan berlaku, tanpa tindakan tiada apa yang akan terhasil. Laksana apa yang telah dirancang dan kejayaan akan dicapai, InsyaAllah.
Komitmen – Kejayaan hanya akan dicapai dengan usaha yang berterusan. Tanpa komitmen usaha akan terhenti di tengah jalan kerana tanpanya ramai yang mengalah bila jangkaan atau harapan tidak tercapai. Namun dengan komitmen, usaha akan diteruskan walaupun kejayaan jauh dari kelihatan. Semakin banyak kali gagal, semakin dekat kita dengan kejayaan.
Pengetahuan - Tanpa pengetahuan kita tidak akan dapat melakukan sesuatu dan kita perlukan kemahiran untuk laksanakannya dengan baik. Tidak cukup hanya dengan menghadiri kursus. Kita perlu amalkan apa yang dipelajari iaitu dengan mengaplikasinya ke atas aktiviti projek. Aplikasi yang berulangkali akan menjadikan kita mahir. Apabila sudah mahir, kita akan dapat melakukan sesuatu dengan baik, justeru memberikan hasil yang baik, yang kemudian diterjemahkan kepada KEJAYAAN.
Itu perkongsian saya untuk minggu ini. Sebarang komen dan ulasan dialu-alukan. Saya akan membaca setiap ulasan/komen yang dihantar.


Kuasa Hebat Memaafkan

Selamat Hari Raya Aidil Fitri – Maaf Zahir dan Batin
Sudah jadi amalan kita semua untuk bermaaf-maafan di Hari Raya. Adakah kita bermaaf-maafan hanya sekadar adat atau dengan hati yang ikhlas dan sedar? Kita bukan hanya digalakkan untuk bermaaf-maafan di Hari Raya, malah setiap hari. Kita digalakkan untuk memaafkan semua orang sebelum tidur di malam hari, yang paling utama, maafkan diri sendiri atas segala kekurangan di siang tadi.
Apa hebatnya memaafkan?
Jika anda menyimpan dendam terhadap sesiapa atau marah pada diri sendiri (sedar atau tak), sama ada besar atau kecil, pada dasarnya anda membawa beban berat dalam hati anda dan ia memberi kesan negatif kepada anda pada kebanyakan masa.
Ya, anda boleh terus marah atau kecewa dengan seseorang lain kerana mereka melakukan kesalahan terhadap anda. Namun tanpa disedari anda sebenarnya sedang menyakitkan diri anda sendiri untuk jangka masa panjang. Apabila anda menyimpan betapa seseorang telah menyakiti anda, anda sebenarnya menghabiskan sebahagian daripada tenaga dalaman anda ke atas perkara yang telah berlalu. Berpegang kepada perkara yang telah berlalu, yang digabungkan dengan perasaan negatif tentang pengalaman tersebut, merendahkan kemampuan anda untuk mencapai sesuatu dalam hidup anda.
Memaafkan secara dramatik akan meningkatkan frekuensi getaran minda anda, yang boleh menarik situasi dan pengalaman yang menakjubkan ke dalam hidup anda, seperti yang anda hasratkan.
Cara untuk memaafkan:
1. Langkah pertama – buang perasaan negatif tersebut. Terdapat pelbagai teknik yang boleh membantu anda membebaskan perasaan yang terpendam itu. Salah satu cara mudah adalah menulis jurnal. Tulis apa saja yang anda rasa tentang peristiwa lalu tanpa sebarang tapisan atau suntingan. Tulis sehingga kesemuanya dikeluarkan dari diri anda. Jangan membacanya sehingga anda selesai sepenuhnya. Kemudian bakar apa yang telah ditulis dan istiharkan, “Saya lepaskannya.”
2. Langkah kedua – secara sedar pilih kemaafan. Anda punya pilihan, untuk terus menyimpan rasa marah dan benci atau pilih memaafkan. Pilih memaafkan bermakna anda bebas dari cengkaman masa lalu, anda boleh maju ke hadapan tanpa apa-apa halangan lagi.
Cara paling mudah untuk memaafkan seseorang adalah dengan membayangkan orang itu ada di hadapan anda, kemudian sebut dengan jelas, “Saya maafkan kamu atas semua perkara lalu.” Rasai apa yang dirasa apabila melakukannya. Perhatikan perubahan besar dalam jiwa anda setelah anda bertekad untuk memaafkan.
Jumpa Lagi.

Dua Mindset Berbeza

Apa yang dimaksudkan dengan mindset? Ia merupakan corak pemikiran kita dan pandangan kita terhadap dunia luar. Dalam masa yang sama, mindset merupakan corak kita berfikir, berkata dengan diri sendiri, bertindak dan berkomunikasi.

Ada dua mindset dominan, iaitu mindset mangsa (negatif) dan mindset penguasa (positif). Orang yang ada mindset mangsa ni kita boleh kenal pasti bila dia selalu "blame" atau menyalahkan orang lain, menyalahkan situasi, keadaan, benda, perkara dan takdir yang berada di luar kawalannya dan yang membuat dia tidak puas hati.

Paling ekstreme, dia menyalahkan Tuhan atas apa yang berlaku. Soalan yang selalu muncul dari mulutnya adalah "kenapa, sebab apa, pasal apa, angkara siapa dan mengapa". Orang sebegini banyak di sekeliling saya dan Anda.

Ayat yang sinonim dengan orang mindset mangsa adalah : "kenapa itu rosak, kenapa tu tak ngam, kenapa ini terjadi padaku, kenapa dia tu tak ajar aku, sebab apa aku jadi camni, mengapa dia buat aku begini dan kenapa Tuhan takdirkan aku camni". Ini ayat contoh saja ya, contoh!

Manakala orang yang mindset penguasa ni, dia jujur, bertanggungjawab, ada inisiatif sendiri, berdikari dan melakukan sesuatu tanpa disuruh. Orang begini dia rajin belajar perkara baru, mencintai ilmu dan suka berkongsi apa yang dia tahu.

Bila dilanda musibah atau bila sesuatu tak memihak kepadanya, dia tak menyalahkan sesiapa, tak menuding jari pada situasi, keadaan, takdir, perkara mahupun orang perseorangan. Tapi, dia memberi semangat pada diri sendiri sebanyak mungkin supaya menyelesaikan masalah step by step, langkah demi langkah, satu persatu.

Orang yang begini bila bertemu kegagalan, berani bangkit semula kerana dia dah anggap kegagalan tu adalah "cara yang salah" bukannya kegagalan sebenar yang membuatnya berhenti berusaha dari merubah strategi untuk terus mencuba.

Soalan saya, mana satu mindset Anda? Mari bersama muhasabah diri hari ini.

Jemput memberi pendapat di ruang komen...

Shueqry
blogger motivasi Malaysia

p.s : Kita dah ada ruang chat baru. Saya dengan rasa gembira menjemput Anda mendaftar menjadi ahli. Klik pada butang "Set Name" dan seterusnya klik "Sign Up".

Seetrusnya, Anda akan dibawa ke laman web ChatAndGo. Daftarkan nama Anda, umur dan detail lain di sana, nama samaran dibenarkan. Chat box ni selamat sebab saya boleh kawal dan saya sendiri yang menjadi moderatornya.

Anda Sedang Menggunakan Law Of Attraction

Sambung perbincangan kita mengenai Law Of Attraction. Pernah tak Anda teringat seseorang dan tiba-tiba orang tu call Anda?

Saya mengaku, ini pernah terjadi pada saya. Bila saya teringat kampung, mak saya, bapa saya dan rumah yang menjadi "Villa Klasik" kami, beberapa minit kemudian tiba-tiba mak saya call bertanya khabar.

Bila saya tanya kenapa dia tiba-tiba call, katanya ntah! Hatinya tiba-tiba tergerak untuk call saya.

Ini memang satu kebetulan. Di kala rindu pada kampung memuncak, itulah yang sering berlaku pada saya. Percaya atau tidak pernyataan ini, saya berani berkata ia memang berlaku pada saya.

Pernah terjadi, saya memikirkan tentang seorang kawan, namanya Hermanto yang bekerja sebagai perunding Takaful Ikhlas dan saya toba-tiba terfikir bagaimana sudah khabarnya, sudah lama kami tidak berjumpa. Kemudian, dia tiba-tiba menelefon saya! Perkara ini berlaku pada minggu lepas.

Saya tiba-tiba terfikir tentang dia dan tiba-tiba beberapa minit kemudian, dia call saya tanpa saya menjangka dia akan berbuat demikian atau tahu terlebih dahulu dia akan call. Fikiran tentang dirinya muncul di minda saya, lalu hilang begitu saja beberapa saat kemudian.

Saya percaya perkara yang sama pernah juga berlaku pada Anda. Kalau bukan kawan, mungkin Anda tiba-tiba terfikir ahli keluarga Anda, adik beradik Anda ataupun kekasih Anda. Bila rindu, tiba-tiba si dia call Anda. Pernah tak ni terjadi?

Apa yang ada di dalam fikiran Anda dan di dalam imaginasi Anda, akan tetap ditarik oleh kuasa minda separa sedar mengikut hukum LOA. Bukan LOA yang menariknya, tapi kuasa yang ada pada minda separa sedar. Law Of Attraction adalah hukum alam.

Saya ibaratkan LOA sebagai sebuah jalan raya dan kuasa minda separa sedar adalah kereta yang berjalan di atas jalan raya tu. Anda boleh tukar gear, tukar jenis kereta dan bawa sesiapa yang Anda mahu. (kerana Anda boleh tukar apa yang ada di dalam minda Anda).

Namun, Anda tetap akan berjalan di atas jalan menuju destinasi Anda, sama ada Anda memutuskan untuk berjalan hari ini, esok atau lusa. Inilah pemahaman saya mengenai Law Of Attraction dan kaitannya dengan kuasa minda.

eh, jangan terkeliru, keduanya sama. Kuasa minda separa sedar adalah 'abang' dan Law Of Attraction adalah 'adik'. Itu saja bezanya.

Dalam ilmu kuasa minda separa sedar, banyak lagi aspek lain yang 'adik', seperti telepati, telekinesis, aura, reiki, kundalini, kuasa psikik dan teknik hipnosis. Ilmu Law Of Attraction hanya sebahagian dari kuasa minda separa sedar.

Macam juga Astro, ada banyak channel. Ada Astro Ria, Astro Awani, ESPN, HBO dan National Geographic. Kalau TV3, ada Berita Terkini, Samarinda dan Motivasi Pagi. Konsep yang sama diaplikasikan juga pada kuasa minda separa sedar.

Michael J. Losier dalam bukunya yang bertajuk Law Of Attraction menakrifkan LOA sebagai : I attract to my life whatever i give my attention, energy and focus to, whether positive or negative.

Bob Doyle dalam buku The Secret muka surat ke-7 menakrifkan Law Of Attraction sebagai 'like attracts like' .. maknanya, sesuatu yang berada di fikiran Anda akan menarik sesuatu lain yang serupa dengannya, tak kira apa dia, baik atau buruk.

Fikir baik, ia akan menarik yang baik juga.

Jadi, bila Anda berfikir tentang sesuatu, fokus padanya dan ia wujud dalam imaginasi Anda, Anda memberitahu LOA supaya menariknya, sama ada Anda sedar atau tidak. Untuk menarik sesuatu, wujudkannya di fikiran Anda, fokus dan imaginasikan atau visualisasikan dalam gambaran mental Anda.

Kesan daripada itu, Anda akan diketemukan dengan situasi-situasi, orang perseorangan dan benda yang akhirnya membawa Anda bertemu dengan apa yang Anda fokus di fikiran. Kunci paling utama di sini ialah kawalan fikiran, imaginasi dan gambaran mental Anda.

Kalau nak bersemangat, niatkan dalam hati Anda mahu menaikkan semangat Anda. Kemudian, lihat diri Anda sebagai orang yang bersemangat dalam gambaran mental.

Bayangkan yang Anda nampak diri Anda jadi cukup bersemangat. Fokus. Kesannya, Anda akan jadi bersemangat selepas itu!

Jika Anda ada apa-apa permasalahan atau masih kurang faham dalam tips LOA kali ini, emailkan pada saya atau sms terus. Saya akan menjawapnya di blog, dengan itu semua orang yang baru mengenali Law Of Attraction boleh memahaminya.

Untuk tips LOA dalam bahasa Inggeris, saya rekemenkan Anda supaya lawati blog Raymond di http://www.attractingyourgoals.com

Moga perkongsian ilmu ini bermanfaat untuk kita semua.

Jumpa di artikel akan datang!










No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...