Advertisement

SESIAPA BERMINAT MAHU MENGETAHUI FORMULA FB MARKETING & TEKNIK PEMASARAN BERSTRATEGI DALAM ONLINE SILA SMS 019-3121007...TIADA PRODUK & TIADA MENTOR BUKAN ALASAN UNTUK GAGAL...BERUSAHALAH BERSAMA KAMI DI TAG NETWORK MARKETING...

Sunday, January 29, 2012

KERJAYA & PELUANG

ANDA DIBERIKAN 2 PILIHAN DI DALAM KEHIDUPAN:
1. SUSAH\BERJAYA\KAYA\KESEMPITAN
2. SENANG\GAGAL\MISKIN\KEBEBASAN

ANDA BERHAK MEMILIH DIPIHAK YANG MANA! TETAPI...ADAKAH ANDA MAHU MEMBAWA ANAK-ANAK, ADIK BERADIK & KELUARGA BERSAMA ANDA! PERSOALAN INI SELALU MEMBELENGU KEHIDUPAN KITA...

ANDA MAHUKAN PELUANG! ADA 2 JENIS KEKOSANGAN JAWATAN BERSAMA KAMI:

1. JAWATAN PENGEDAR
PENDAPATAN   : Purata RM2,000.00
KELULUSAN     : SPM
PENGALAMAN : Pemasaran
LOKASI              : Kuala Lumpur/Selangor
MASA BERKERJA: 8:00 Pagi - 5:30 Petang
KRITERIA              : Berdedikasi & Berkerja ikut sasaran syarikat
STATUS                  : Kontrak

2. JAWATAN PENIAGA
PENDAPATAN   : Purata RM5,000.00 ke atas
KELULUSAN     : Tidak diperlukan
PENGALAMAN : Tidak diperlukan (diajar secara percuma)
LOKASI              : Kuala Lumpur/Selangor & Luar Lembah Klang
MASA BERKERJA: Fleksibel
KRITERIA              : Boleh berkomunikasi dengan baik & spiritual
STATUS                  : Tetap

SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI PUAN JULIA:
019-2230007 ATAU FB [JUE BASTAMAM]
Ini adalah antara perkara yang dapat disimpulkan oleh team top5 hasil daripada temuramah rakan2, kakak, saudara dan lain2 lagi yang bekerja di sektor kerajaan. Sekiranya ada tersalah silap dari kami, kami minta maaf.
  1. Adakah anda sering menyangka pekerjaan kerajaan sentiasa tidak sibuk?? And silap, tahukah anda bahawa pekerja kerajaan sentiasa sibuk dengan facebook. Hasil daripada temuramah team team top5, lebih 90% pekerja kerajaan memiliki facebook. Pernahkah anda mengkaji siapakah yang sering online awal2 pagi lagi?? Apakah sektor pekerjaan mereka?? Tetapi anda jangan salah faham, mereka berfacebook mempunyai matlamat yang tersendiri. Mereka ingin meningkatkan lagi kemahiran dalam bidang teknologi maklumat yang pesat membangun sekarang, apalah salahnya sekiranya mereka menggunakan kemudahan yang ada untuk menambah ilmu pengetahuan mereka. Ini juga secara tidak langsung menguntungkan kerajaan kerana dapt melahirkan pekerja yang berkemahiran tinggi dalam bidang teknologi maklumat.
  2. Pekerja kerajaan juga akan sentiasa juga sibuk untuk memperluaskan lagi empayar perniagaan masing2. Mereka bijak menggunakan peluang yang ada untuk menambah sedikit pendapatan keluarga. Faktor ini juga serba sedikit dapat membantu melahirkan rakyat yang berpendapatan tinggi. Mereka juga dapat meningkatkan kemahiran komunikasi yang mungkin dapat dipraktikkan untuk melayan kerenah orang awam nanti dan ini secara tidak langsung meningkatkan lagi mutu kerja mereka. Ini adalah salah satu contoh yang boleh dijadikan bukti bahawa pekerja kerajaan sentiasa sibuk.
  3. Tahukah anda bahawa kerjasama dalam kumpulan adalah amat penting di dalam sesebuah organisasi. Pekerja kerajaan juga akan sentiasa sibuk untuk meeting walaupun tanpa arahan daripada pegawai atasan. Mereka akan cuba sedaya upaya  untuk mengadakan meeting walaupun hanya melibatkan di kalangan mereka sahaja. Lihat, betapa kuatnya semangat berpasukan yang mereka tunjukkan. Mungkin mereka akan membincangkan mengenai permasalahan jabatan atau negara. Mereka mamilih cara ini kerana masing2 akan diberi peluang untuk menyatakan pandangan atau idea masing2. Sekiranya anda menyatakan mereka tidak sibuk, anada sebenarnya telah 1000x silap dalan membuat anggapan.
  4. Adakah anda beranggapan bahawa  mereka tidak sibuk hanya semata-mata melihat mereka beberapa kali keluar minum ketika waktu pejabat dalam sehari?? Betapa teruknya prasangka anda terhadap mereka. Anda perlu mengikis sifat negatif ini. Tahukah anda betapa penatnya meeting yang dilakukan dengan sukarela dan ikhlas walaupun tanpa arahan dari pegawai atasan?? Meeting yang dianjur sendirian juga telah menunjukkan betapa komitednya mereka dalam pekerjaan.  Jadi apa salahnya sekiranya mereka melepaskan sedikit kehausan jika nk dibandingkan dengan pendapat bernas yang telah mereka sumbangkan. Mungkin di kedai minum juga mereka membincangkan mengenai permasalahan yang wujud. Janganlah kita mempertikaikan kededikasian mereka dengan minumam secawan. Kita kene yakin bahawa kerja mereka sentiasa sibuk.
  5. Anda pernah nampak pekerja kerajaan di shopping complex?? Sabar dahulu….. Anda jangan menilai sesuatu itu dengan mata kasar sahaja. Pasti mereka ada sebab di sebalik itu kerana kerja mereka sentiasa sibuk. Tidakkah pernah anda bertanya mengapa mereka ada di shopping complex ketika waktu kerja?? Tidakkah anda tahu bahawa dengan bersiar2 di luar sebentar, dapat mengurangkan tekanan yang mereka hadapi. Anda harus faham, dengan membincangkan mengenai permasalahan jabatan atau negara, ini akan memberi sedikit tekanan kepada mental mereka. Jadi dengan cara ini dapat mengurangkan sedikit rasa tekanan yang mereka hadapi dan mungkin pada meeting yang seterusnya mereka akan dapat memberikan pendapat yang lebih bernas lagi.
Adakah anda seorang yang mempunyai masalah untuk menguruskan masa? Sekiranya anda mengalami kesukaran ini, berkemungkinan anda tidak mengetahui teknik asas untuk menguruskan masa dengan lebih baik. Disini t5 akan menyenaraikan 8 cara mudah untuk meningkatkan pengurusan masa anda.
Tahu yang anda sebenarnya mempunyai masalah untuk menguruskan masa- Mengetahui bahawa anda mempunyai masalah pengurusan masa adalah langkah pertama untuk mengubah sikap anda. Berkemungkinan kadang-kadang anda akan terlambat untuk pergi bekerja atau menghadiri aktiviti sosial, tetapi ia seharusnya tidak berlaku pada setiap hari atau setiap minggu. Sekiranya anda masih melakukan kesalahan yang sama berulang-ulang kali, ia bermakna anda masih tidak menyedari masalah anda.
Mengambil keputusan untuk berubah- Apabila sudah mengetahui masalah sebenar, anda perlu mengambil keputusan untuk melakukan perubahan di dalam hidup anda. Keputusan yang telah diambil perlu disertakan dengan tindakan untuk mencapai sesuatu objektif yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, mungkin anda mengambil keputusan untuk tidak lagi datang lewat ke tempat kerja, ia juga perlu disertakan dengan tindakan-tindakan yang perlu anda lakukan untuk mengelakkan anda datang lewat seperti tidur awal, kurangkan melepak bersama rakan pada waktu malam dan sebagainya.
Tetap dengan objektif anda- Usaha yang dilakukan untuk menjadi seorang yang lebih menghargai masa bukanlah satu perkara yang mudah untuk dicapai. Berkemungkinan sebulan anda mampu untuk sampai kerja awal, tetapi selepas itu ia akan kembali seperti sedia kala. Anda perlu tetap dengan objektif kehidupan. Pastikan anda selalu mengingati tujuan hidup dan sentiasa berusaha untuk mencapainya. Lama kelamaan ia akan sebati dengan cara hidup anda.
Buat senarai tugas harian- Membuat senarai yang harus dilakukan untuk diri sendiri adalah cara yang mudah untuk menguruskan masa dengan lebih baik. Catitkan apa yang harus anda lakukan sepanjang hari. Pastikan senarai tugasan yang anda lakukan mengikut terhadap kepentingan sesuatu perkara itu.
Peralatan pengurusan masa- Pasti ia merupakan satu kesukaran untuk otak anda mengingati segala tugasan harian yang perlu dilakukan.  Ia juga merupakan suatu perkara yang agak mustahil. Anda perlu bijak untuk menggunakan peralatan yang berada di sekeling anda dengan lebih baik. Sebagai contoh, pada zaman yang serba canggih ini, pasti setiap orang mempunyai telefon bimbit sendiri. Catatkan nota yang perlu anda lakukan atau gunakan sistem amaran peringatan(reminder) untuk mengingatkan anda melakukan sesuatu tugasan mengikut masa yang telah ditetapkan.
Bijak untuk menerima atau menolak suatu pelawaan-  Sudah pasti anda pernah mengalami situasi dimana anda sedang cuba menyiapkan kerja dan dalam masa sama rakan-rakan anda mengajak untuk keluar minum atau sebagainya. Anda seharusnya lebih bijak untuk menangani situasi ini. Anda perlu tahu kesan sekiranya anda menerima atau menolak pelawaan tersebut. Sekiranya anda menerima pelawaan tersebut tetapi ia akan menyebabkan anda terlewat untuk menyiapkan tugasan pada tarikh yang telah ditetapkan, anda dinasihatkan untuk menolaknya. Urus masa anda dengan lebih bijak.
Sistematik- Melakukan suatu tugasan dengan bersistematik dapat membantu untuk menguruskan masa dengan lebih baik. Pasti sepanjang hari banyak perkara yang ingin anda lakukan selain bekerja sahaja seperti bermain dengan anak, keluar bersiar-siar dan sebagainya. Rancang masa anda dengan bersistematik supaya anda dapat menikmati kepelbagaian kehidupan harian anda. Ini juga dapat membantu untuk mengelakkan anda daripada melalui kehidupan yang membosankan.
Dapatkan bantuan pakar- Sekiranya anda masih lagi menghadapi kesukaran untuk menguruskan masa, anda perlu mendapatkan nasihat pakar. Berkemungkinan jadual pekerjaan anda yang terlalu padat memberi kesulitan kepada anda untuk merancang masa dengan lebih baik. Pakar sudah semestinya lebih mengetahui penyelesaian yang terbaik untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...